ASSALAMUALAIKUM..... TERIMA KASIH SUDI SINGGAH KE SINI - "BLOG DI SEBALIK RAHSIA HATI"... KUNJUNGAN ANDA AMAT DI HARGAI

Isnin, 6 Jun 2011

Sunyi


Pagi Ini....
Kedinginan mencengkam....
namun  kedaimaian tetap menerpa...
kesunyian kembali menemani...
mengiringi kepergianmu
mencari rezeki di bumi Allah...

Kesian kalinya aku dan anak-anak
Di tinggalkan pergi...
Namun kasih tetap bertaut..
Rindu tetap bertamu...
Harapan tetap menanti...

walau hati di kocak resah...
walau jiwa merasa gundah..
tetap kuiringi kepergianmu..
dengan seiklas hati...
Ku lepaskan kan pergi
Untuk perjuangan suci..
Jihad Mencari rezeki
Demi untuk kami..
tanam dan sematkan di hati....
kerja itu ibadah diri...
kerna sesungguhnya hidup kita dan mati kita
adalah kerana Allah semata...


Nor azlina...
10.00 pagi...isnin..

Nukilan ini kuhasilkan selepas dirimu (abang)..bertolak menjalankan tugas....sebentar tadi.....aku doakan perjalanan mu dan rakan-rakan selamat sampai ke destinasi yang di tuju....selamat berkerja dan beribadah....sesungguhnya kerja itu adalah ibadah...mulakan niat segalanya haya kerana Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan bait-bait bicara di sini untuk kita kongsikan bersama...sebagai panduan,tauladan..dan tanda ingatan..

.

Aku Adalah hamba Allah yang serba kekurangan....
memohon keampunan dan keredhoan darinya..
Hanya engkau Ya Allah tahu siapa diriku....
Tetapkanlah iman ku....sucikanlah diriku..

aku juga.. hanyalah seorang insan biasa yang mempunyai banyak kekurangan namun tetap punya hati dan perasaan.....
segala yang tertera di sini adalah luahahan rasa diriku,pengalamanku,pandanganku..
di sini juga aku berkisah tentang insan-insan tersayang di sekelilingku serta jiwaku...


Catatan Popular

..Semua yang di paparkan di sini adalah
coretan,pandangan dan pengalaman saya sendiri sebagai penulis blog ini kecuali di beritahu sebarang artikal yang di copy paste dari sumber tertentu.....


Tidak dibenarkan sama sekali mengambil mana-mana penulisan dan gambar dengan apa cara sekali pun di dalam blog ini KECUALI mendapat izin daripada saya penulis blog ini...
sebarang info berguna yang ingin di copy/paste..hendaklah di tulis dari mana sumbernya iaitu http://syurga-kaseh-azlina.blogspot.com/ atau sumber web yg telah penulis nyatakan...terlebih dahulu..
terima kasih
kerana menghormati hak saya sebagai penulis blog ini.