ASSALAMUALAIKUM..... TERIMA KASIH SUDI SINGGAH KE SINI - "BLOG DI SEBALIK RAHSIA HATI"... KUNJUNGAN ANDA AMAT DI HARGAI

Jumaat, 4 Mei 2012

Melakar rahsia hati di sini ....

Seperti Lagu yang menghiasi blog ini....
Di malam penuh bintang.....di atas sejadah yang ku bentang...
bergitulah aku Ya Allah  sujud pada mu di samping tidak putus memujimu..
mensyukuri rahmat dan nikmat kurniaanmu...

Ya Allah yang menjanjikan kemudahan setelah kesulitan...
perkhabaran gembira buat orang-orang yang sabar...
Maha suci Allah hanya padamu aku bertawakal dan berdoa...

Doa orang yang dalam kesusahan: “Ya Allah, rahmatMu yang daku harapkan. Jangan Dikau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata. Baikilah untukku urusanku semuanya. Tiada yang diabdikan diri melaikan Engkau”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf sahih).


“..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya” (Surah al-Talaq, 3).


“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Doaku yang bertahun-tahun....
Rinduku yang bertahun-tahun..
Air mataku yang tumpah bertahun-tahun...
Takala menatapi masjidil haram...walau hanya di kaca tv...
Takala melihat dan mendengar azan di masjid nabawi di kaca tv..
menyentuh gambar kaabah dan raudah...
mengamit keinginan bertemu dengamu ya rasullulah...
mengamit pengabdian di baitullah sebagai hambamu yg kerdil dan hina...

Tiba-tiba kau makbulkan permintaanku....
Panggilan menjadi tetamumu di antara hamba-hambamu...
Hati termanggu-manggu seperti tidak percaya...
Ya Allah yang maha pengasih lagi penyayang
serta maha pemberi rahmat....
Kau jemput aku bersama anak-anak....
dengan kasih sayangmu...
kau permudahkan perjalanan kami menujumu...
tanpa aku perlu memmikirkan berapa pembiayaannya...
segalanya telah kau atur dengan sempurna...
sesungguhnya engkau maha mengetahui
atas segala setiap sesuatu....

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami..
rahmatilah hidup kami...
jika kami Lalai kau tunjukkilah kami jalan kebenaran..
pimpinlah kami di jalan yang kau redhai...


ALHAMDULILAH YA ALLAH KERANA MENJEMPUT KAMI BERLIMA MENJADI TETAMUMU YA ALLAH..TERIMA KASIH BONDA TERSAYANG DENGAN IZIN DAN KEHENDAK ALLAH JUGA SUDI MEMBAWA KAMI...
BUAT BONDA SEMUGA ALLAH MERAHMATI DIRIMU SELLAU DAN MEMBALAS SEGALA JASA2 MU DAN AMALAN KEBAJIKANMU..
AKU BERSAMA BONDA DAN 2 DARI 4 ANAKKU..DAN SEORANG ANAK YATIM..


BERSAMA SEBAHAGIAN DARI AHLI JEMAAH ROMBONGAN DI MASJID NABAWI..


BERSAMA SEBAHAGIAN DARI AHLI JEMAAH ROMBONGAN DI MASJIDIL HARAM..





1 ulasan:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan bait-bait bicara di sini untuk kita kongsikan bersama...sebagai panduan,tauladan..dan tanda ingatan..

.

Aku Adalah hamba Allah yang serba kekurangan....
memohon keampunan dan keredhoan darinya..
Hanya engkau Ya Allah tahu siapa diriku....
Tetapkanlah iman ku....sucikanlah diriku..

aku juga.. hanyalah seorang insan biasa yang mempunyai banyak kekurangan namun tetap punya hati dan perasaan.....
segala yang tertera di sini adalah luahahan rasa diriku,pengalamanku,pandanganku..
di sini juga aku berkisah tentang insan-insan tersayang di sekelilingku serta jiwaku...


Catatan Popular

..Semua yang di paparkan di sini adalah
coretan,pandangan dan pengalaman saya sendiri sebagai penulis blog ini kecuali di beritahu sebarang artikal yang di copy paste dari sumber tertentu.....


Tidak dibenarkan sama sekali mengambil mana-mana penulisan dan gambar dengan apa cara sekali pun di dalam blog ini KECUALI mendapat izin daripada saya penulis blog ini...
sebarang info berguna yang ingin di copy/paste..hendaklah di tulis dari mana sumbernya iaitu http://syurga-kaseh-azlina.blogspot.com/ atau sumber web yg telah penulis nyatakan...terlebih dahulu..
terima kasih
kerana menghormati hak saya sebagai penulis blog ini.